Pages

Tuesday, October 1, 2013

Majlis Walimatulurus Di Dewan Tun Ali, Melaka

Alhamdulillah,

Krew DJ Islamik, Ashabul Resource telah memberi sekali lagi sumbangan bagi majlis walimatulurus yang berlangsung di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka.

Majlis pada 29 September ini berjalan seperti yang dirancangkan. Majlis bermula pada pukul 12 tengahari dan berakhir pada pukul 4 petang.

Majlis ini adala bagi meraikan pasangan pengantin iaitu Tuan Muhd Aqeel bin Tuan Besar dan pasangannya. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang sesi walimatulurus ini berjalan.






Kami doakan semoga pengantin ini dimudahkan segala urusan dan berkekalan hingga ke syurga. Amin

Friday, August 23, 2013

Kelebihan Puasa 6 hari di bulan Syawal.


Salah satu amalan di bulan Syawal yang jangan sampai terlewatkan adalah puasa 6 hari di bulan Syawal.

Kelebihan puasa 6 hari dibulan Syawal setelah berpuasa Ramadhan adalah bagaikan telah berpuasa fardhu setahun. Dalam satu hadits shahih riwayat Imam Muslim Rasulullah bersabda:

من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر رواه مسلم

“barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikutkan dengan enam hari bulan syawal niscaya ia seperti telah berpuasa sepanjang masa.”(H.R Imam Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasulullah bersabda:

صيام رمضان بعشرة أشهر و صيام الستة أيام بشهرين فذلك صيام السنة

“Puasa Ramadhan balasannya bagaikan sepuluh bulan (berpuasa) dan puasa enam hari Syawal adalah bagaikan dua bulan, maka jumlah demikian adalah puasa setahun”. (H.R. Ibnu Khuzaimah)

Allah juga berfirman:
مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

Barang siapa mengerjakan kebaikan maka baginya adalah sepuluh balasan kadarnya…(al-An`am 160)

Maka puasa sebulan Ramadhan bagaikan puasa 10 bulan, dan puasa 6 hari di bulan Syawal bagaikan puasa 6 bulan.
Tetapi perlu juga di ingatkan bahwa puasa 6 hari yang mendapat fadhilah demikian adalah bagi yang telah menyelasaikan puasa fardhu ramadhan, maka terhadap orang yang masih berutang dengan puasa Ramadhan yang terlebih utama mengqadha puasa ramadhan terlebih dahulu apalagi bila puasa Ramadhan tersebut tertinggal tanpa ada ozor, maka wajib segera mengkadhanya.


Ada beberapa faedah di syariatkan puasa 6 hari di bulan Syawal;

  • Menyempurnakan pahala puasa setahun, sebagaiman penjelasan di atas.
  • Puasa Syawal setelah Ramadhan dan puasa di bulan Sya’ban sebelum Ramadhan bagaikan shalat sunat Rawatib sesudah dan sebelum shalat. Shalat rawatib qabliyah berfungsi sebagai persiapan untuk memasuki shalat fardhu sedangkan shalat rawatib ba`diyah berfungsi untuk menutupi kekurangan dalam shalat. Maka demikian juga dalam puasa syawal dan puasa bulan Sya’ban. Puasa sunat bulan sya’ban merupakan persiapan untuk memasuki puasa wajib di bulan Ramadhan. Sedangkan puasa sunat di di bulan Syawal untuk menutupi kekurangan-kekurangan yang terjadi dalam puasa Ramadhan.
  • Adanya kemauan untuk berpuasa di bulan syawal merupakan salah satu tanda bahwa Allah menerima puasa Ramadhan kita. Karena bila Allah telah menerima amalan shalih seorang hamba, maka Allah akan memberikan taufiq kepada untuk berbuat ketaatan lain setelahnya. Sebagaimana kata para ulama:
ثواب الحسنة الحسنة بعدها فمن عمل حسنة ثم اتبعها بعد بحسنة كان ذلك علامة على قبول الحسنة الأولى كما أن من عمل حسنة ثم اتبعها بسيئة كان ذلك علامة رد الحسنة وعدم قبولها.
Balasan satu kebaikan adalah (mau mengerjakan) kebaikan setelahnya, maka barangsiapa berbuat baik kemudian mengikutkannya dengan amalan baik lain, maka haltersebut merupakan sebagai tanda di terimanya kebaikan pertama sebagaimana seseorang yang beramal baik kemudian mengikutkannya dengan satu keburukan, hal tersebut merupakan sabagai pertanda bahwa amalan kebaikannya di tolak dan tidak do terima.
  • Dengan berpuasa Ramadhan, Allah memberikan keampunan terhadap dosa-dosa hambaNya. Maka kembali berpuasa di bulan syawal merupakan salah satu bentuk syukur kita kepada Allah terhadap nikmat yang besar yaitu di ampunkan dosa kita. Ketika Rasulullah memperbanyak shalat hingga membengkak kedua tumit beliau. Siti Aisyah bertanya:
    أتفعل هذا وقد غفر الله لك ما تقدم من ذنبك وما تأخر؟ فيقول: "أفلا أكون عبدا شكورا".

    Megapa engkau berbuat demikian? Padahal Allah sungguh telah mengampunkan dosamu yang lalu dan yang akan datang. Maka Rasulullah menjawab;apakah maka tidak adakah saya termasuk orang yang sangat bersyukur.

    • Dengan berpuasa di bulan syawal, berari amalan kita di bulan Ramadhan tidak terhenti dengan habisnya bulan Ramadhan tetapi terus berkelanjutan selama kita masih hidup. Kebanyakan manusia merasa senang dengan habisnya bulan Ramadhan karena dalam bulan Ramadhan mereka terasa berat dan bosan berpuasa  sebulan penuh. Orang yang beranggapan demikian maka ia tidak akan mau untuk berpuasa di bulan Syawal dengan alasan telah lelah ia berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan. Padahal batasan beramal manusia hanyalah mati.  Allah berfirman :
      وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ...
                      Sembahlah tuhanMu sehingga datanglah yakin(kematian) .Q.S al-Hijr ayat 99

      Referensi:
      • Ittihaf Ahl al-Islam bi Khushushiyyati ash-Shiyam, Ibnu Hajar al-Haitami hal 375, Madinah, Maktabah Thayyibah.
      • Lathaif Ma`arif fi ma li mawasim min al-wadhaif, Ibnu Rajab al-Hanbali, Beirut, Dar Ibn Katsir, hal 393-399 th 1999
      Semoga Allah selalu memberikan taugiq dan hidayah kepada kita semua..Amiin

      Sunday, July 21, 2013

      Amalan-amalan Yang Dikasihi Allah di Bulan Ramadhan

      اعمال يحبها الله في رمضان
      Amalan-amalan Yang Dikasihi Allah di Bulan Ramadhan

      أولا: الجلوس بعد صلاة الفجر إلى طلوع الشمس لذكر الله ثم صلاة الضحى
      Pertama :
      Duduk selepas solat fajar sehingga terbit matahari untuk berzikir kemudian solat sunat dhuha

      عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "من صلى الصبح في جماعة، ثم جلس في مصلاه يذكر الله حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين، كان له مثل أجر حجة وعمرة تامة".. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "تامة تامة تامة". رواه الترمذى
      Daripada Nabi S.A.W. telah bersabda " Sesiapa yang solat subuh berjamaah, kemudia ia duduk di tempat solatnya berzikir mengingati Allah sehinggalah terbit matahari, kemudian ia solat dua rakaat, adalah baginya ganjaran seumpama haji dan umrah sesempurnanya
      ثانياً:الذكر
      **********


      Kedua :
      Zikirullah
      قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
      "ألا أنبئكم بخير أعمالكم ، و أزكاها عند مليككم ، و أرفعها في درجاتكم ، و خير لكم من إنفاق الذهب و الورق ، و خير لكم من أن تلقوا عدوكم ، فتضربوا أعناقهم و يضربوا أعناقكم ؟ قالوا : بلى يا رسول الله قال : " ذكر الله " صحيح الإسناد
      Rasulullah S.A.W bersabda :
      " Apakah kamu mahu aku memberitahu kamu sebaik-baik amalan kamu, sebersih-bersih amalan di sisi Pemilikmu, setinggi-tinggi pada kedudukan kamu, sebaik- baik ganjaran daripada infaq emas dan perak, sebaik-baik ganjaran daripada kamu bertemu musuhmu, maka kamu memancung tengkuk mereka dan mereka memancung tengkuk kamu? Mereka berkata : " Bahkan ya wahai Rasulullah"..Rasulullah S.A.W bersabda : " Zikrullah ".
      ثالثاً:الصدقة
      *************


      Ketiga :
      Bersedekah
      قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
      "إن صدقة السر تطفىء غضب الرب تبارك وتعالى }[صحيح الترغيب].
      Rasulullah S.A.W bersabda :
      " Sesungguhnya sedekah secara tersembunyi itu menutup kemurkaan Allah Tabaraka wa Ta'ala "

      وروى البخارى عن ابن عباس رضى الله عنهما , كان رسول الله صلى الله عليه و سلم : " أجود الناس , و كان أجود ما يكون فى رمضان حين يلقاه جبريل عليه السلام , و كان يلقاه كل ليلة فى رمضان فيدارسه القرآن فلرسول الله صلى الله عليه و سلم أجود بالخير من الريح المرسلة .
      Diriwayatkan oleh Bukhari daripada Ibnu Abbas RAhma, adalah Rasulullah seorang yang sangat dermawan, dan Baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan ketika bertemu Jibril AS, dan adalah Jibril menemui Baginda pada setiap malam Ramadhan dan mengajar Baginda Al Quran, kedermawan Rasulullah S.A.W melebihi angin yang berhembus

      رابعاً:عمرة رمضان
      **********


      Ke empat :
      Umrah di bulan Ramadhan
      قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
      ": عمرة فى رمضان كحجه معى" .( متفق عليه)
      Rasulullah S.A.W bersabda :
      " Umrah di bulan Ramadhan seperti menunaikan haji bersertaku "

      خامساً: السحور
      **********


      Ke lima :
      Bersahur

      قد اجتمت الائمة على إستحبابه , فعن أنس رضى الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه و سلم قال (( تسحروا فإن السحور بركة ))رواه البخارى و مسلم

      Telah sepakat para ulama pada hukumnya sunat. Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda " Bersahurlah kamu sesungguhnya sahur itu keberkatan "

      سادسا: تعجيل الفطر
      ********


      Ke enam :
      Menyegerakan berbuka

      يستحب للصائم أن يُعجل الفطر متى تحقق غروب الشمس فعن سهل بن سعد رضى الله عنه أن النبى صلى الله عليه و سلم قال (( لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر )) رواة البخارى و مسلم .
      و ينبغى ان يكون الفطر رُطبات وتراً فإن لم يجد فعلى الماء , فعن انس رضى الله عنه قال (( كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يُفطر على رطبات قبل أن يُصلى , فإن لم يكن فعلى تمرات , فإن لم تكن حسا حسوات من ماء )) رواه ابو داود و الحاكم وصححه الترمزى وحسنه 
      Disunatkan bagi orang yang berpuasa bahawa ia menyegerakan berbuka apabila telah yakin tenggelam matahari. Daripada Sahal bin Saad RA bahawasabta Nabis S.A.W. telah bersabda :" Tidak akan putus kebaikan manusia selama mana mereka menyegerakan berbuka".Dan sayugianya berbuka itu dengan 'ruthob' pada kiraan ganjil, jika tidak ada , berbuka dengan minum air. Daripada Anas RA berkata, "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji ruthob (tamar basah) sebelum solat, jika tiada ruthob Baginda berbuka dengan tamar, dan sekiranya tamar tiada, baginda akan berbuka dengan air." (Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi. Kata Tirmidzi ia hadis hasan )

      سابعا: الدعاء عند الفطر و أثناء الصيام
      **********


      Ke tujuh :
      Berdoa ketika berbuka dan berpuasa

      روى ابن ماجه عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه و سلم قال (( إن للصائم عند فطرة دعوة ما تُرد ))
      Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al As RAhuma bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda :" Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada satu doa yang tidak ditolak".

      و روى الترمزى بسند صحيح انه صلى الله عليه و سلم قال (( ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر و الإمام العادل و المظلوم )) .
      Diriwayatkan oleh At Tirmizi dengan sanad yang sahih bahawasanya Nabi S.A.W telah bersabda :" Tiga orang yang doa mereka tidak ditolak : Orang yang berpuasa sehinggalah berbuka, Imam yang adil dan orang yang dizalimi ".

      ثامنا: السواك
      **********


      Ke lapan:
      Bersiwak
      يستحب للصائم أن يتسوك أثناء الصوم و لا فرق بين اول النهار و آخره
      و قال الترمذى (( و لم ير الشافعى بالسواك , أول النهار و آخرة بأساً )) و كان النبى صلى الله عليه و سلم يتسوك و هو صائم .
      Disunatkan bagi orang yang berpuasa bahawa bersiwak ia ketika ia berpuasa dan tiada beza samaada pada awal siang atau akhirnya. Berkata Tirmizi ( As Syafie tidak berpandangan siwak itu suatu yang salah samaada di awal atau akhir hari ...) dan adalah Rasulullah S.A.W. bersiwak sedangkan ia berpuasa.

      تاسعا: الإجتهاد فى العبادة فى العشر الأواخر من رمضان
      **********


      Ke sembilan :
      Bersungguh-sungguh beribadat pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

      روى البخارى و مسلم عن عائشة رضى الله عنها أن النبى صلى الله عليه و سلم (( كان إذا دخل العشر الأواخر أحيى الليل , و أيقظ أهله , و شد المئزر )) و فى رواية مسلم (( كان يجتهد فى العشر الأواخر ما لا يجتهد فى غيره ).
      Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada A'isyah RAha, bahawasanya Nabi S.A.W. apabila masuk sepuluh yang terakhir (Ramadhan )..baginda menghidupkan malam ( dengan ibadah ), membangunkan keluarganya dan mengikat kainnya ..dan pada riwayat Muslim ( adalah Baginda bersungguh-sungguh pada sepuluh terakhir apa yang Ia tidak bersungguh lakukan pada selainnya

      dipetik daripada: http://takwinfardilmuslim.blogspot.com

      Saturday, July 20, 2013

      Renungan..

       

      Jadilah manusia yang TERBAIK untuk mendapatkan pasangan yang TERBAIK!

      Saturday, July 6, 2013

      Oh Mesir!


      Rintihan rakyat Malaysia bersama kejatuhan Kepimpinan Islam di Mesir dibawah kelolaan Dr Morsi.

      Sesungguhnya percaturan ALLAH adalah percaturan yang terbaik!.

      ~ Keep praying for MESIR, SYRIA and GAZA`~


      Wednesday, June 12, 2013

      Ramadhan

       
      Kehadiranmu dinanti penuh debaran,
      Moga dipertemukan denganmu wahai Ramadhan,
      bulan terbaik daripada Tuhan..
       
      Amin Ya Rabb..

       

      Sunday, May 12, 2013

      Selamat Pengantin Baru kepada Maruan dan Nadia

      Assalamualaikum.

      Tarikh 12 Mei 2013 menjadi suatu yang bersejarah bagi pasangan pengantin baru Maruan bin Umar dan Nadia Bte Ya'kub kerana ia adalah hari mereka melangsungkan walimatulurus pagi pihak lelaki. Majlis diadakan di Dewan Japerun Rembia, Alor Gajah ini berlangsung dengan suasana penuh meriah.


      Anak ke 2 kepada pasangan En Umar bin Suboh dan Faridah bt N.S. Dawod telah melangsungkan akad nikah pada 4 Mei lalu di Muar. Kami di pihak Ashabul Resources mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga En Umar kerana telah memilih kami sebagai DJ anda. Majlis kali ini dikendalikan oleh DJ Joe dan DJ Nuar.


      Alhamdulillah, Majlis kali ini diserikan dengan irama nasyid dan dielang seli dengan zikir dan selawat. Di samping itu, celoteh DJ Joe juga menghangatkan suasana dengan bukan hanya berbual kosong, bahkah dilunakkan sekali dengan nasihat-nasihat dan kata-kata hikmah. 

      Disamping itu, Majlis ini juga diserikan lagi dengan persembahan Kumpulan Maulid Diba'ie Jam'iyyatul Hidayah daripada Masjid Nurul Hidayah Batu Berendam.


      Terima kasih juga kepada DJU Catering yang menyediakan sajian yang cukup sedap dan enak kepada para tetamu jemputan. 


      Mudah-mudahan Majlis ini diberkati oleh ALlah dan kami doakan kepada pasangan pengantin, semoga kekal bahagia hingga ke syurga dan moga menjadi seorang suami yang soleh dan isteri yang solehah. Sekian, Terima kasih sekali lagi daripada kami, Ashabul Resource, DJ Islamik anda.




      Saturday, December 1, 2012

      Tahniah Buat Pasangan Pengantin Baru, Hayati Dan Firdaus


      Hari ini, bertarikh 1/12/2012, Sekali lagi Team Ashabul Resources memberi khidmat DJ islamik di Serkam, Melaka. Pasangan pengantin yang menggunakan khidmat kami ialah Nurulhayati Binti Mohamed Sa'at dan Mohamad Firdaus Bin Yahaya. Dengan menggunakan lagu berkonsep ketuhanan, Zikir dan Nasyid, mudah-mudahan ia dapat memberkati majlis yang bahagia ini.

      DJ Anuar (memegang Banner) bersama Pasangan pengantin, Hayati dan Firdaus

      DJ Anuar sedang memainkan lagu-lagu.

      Terima Kasih dan Tahniah kami ucapkan kepada pasangan pengantin. Kami doakan keberkatan dan moga berbahagia hingga ke Syurga. Barakallahulakuma Wabarak 'Alaikum Wajama'a Bainakuma Fi Khair.

      Sunday, November 18, 2012

      Terima Kasih

      Assalamualaikum.

      InsyaAllah, DJ islamik akan terus maju. Berikut adalah majlis perkahwinan yang akan dikendalikan oleh DJ islamik.

      1. 24/11/2012
        Muar, Johor
      2. 1/12/2012
        Serkam, Melaka
      3. 15/12/2012
        Muar, Johor
      4. 23/12/2012
        Bukit Katil, Melaka
      InsyaAllah, temui kami disana. Kami akan memberi yang terbaik untuk pelanggan disamping berdakwah dan memastikan majlis perkahwinan yang dilakukan berlandaskan Islam.


      Monday, May 28, 2012

      Selamat Pengantin Baru buat Abdul Rahman dan Nur Husna


      Kami daripada Ashabbul Resources mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin, Abdul Rahman bin Mohd Hatta dan Nur Husna Bt Md Yusuf yang telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Perumahan Pangsa Peringgit semalam.

      Tarikh 27/5/2012 ini juga diambil sempena hari lahir anak saudara Encik Abdul Rahman iaitu Mohd Imaran yang berumaur 12 tahun.

      Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Abdul Rahman kerana menjemput kami menjadi DJ dan penyeri majlis. Majlis yang berlangsung di rumah pengantin lelaki ini dihadiri pelbagai lapisan masyarat yang menjadi tetamu jemputan. Ia berlangsung dengan penuh meriah.

      Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakam semasa majlis beliau:

      DJ Ibrahim yang begitu sempoi menyampaikan celoteh beliau.

      Ketibaan Pasangan pengantin disambut paluan kompang.

      Majlis makan beradap.

      Semoga pasangan pengantin ini bebahagia hingga ke syurga..